Breaking

Friday, April 8, 2011

Awas! - Kenalpasti telur tiruan

TAOTAUAJER - Kecoh dengan kes telor tiruan di Pulau Pinang. Kalau korang nak tau pada (7 April 2011), kecoh satu Malaysia apabila akhbar Kosmo mendedahkan tentang kehadian telur palsu yang dah mula merayap masuk ke pasaran tempatan di Malaysia.


Photobucket
Lihatlah perbezaan telur tiruan dengan telur tulen versi mentah

Sebenarnya kalau korang nak tau, jika di China, telur-telur tiruan ini bukanlah sesuatu yang pelik lagi malah boleh dikatakan mereka di sana setiap hari tidak lagi dapat membezakan samaada mereka makan telur yang asli atau yang tiruan. Dimana telur tiruan tersebut tidak berbau seperti telur biasa, tak tiada rasa seperti telur.. TAPI ada maklumat dari laman web lain mengatakan rasanya lebih sedap dari telur biasa yang berpunca dari kandungan bahannya yang berbahaya.

Ramai yang tak tau sebenarnya camner nak bezakan diantara yang asli dan yang palsu sebenarnya.

Ikuti : Cara Kaedah Menghasilkan Telur Tiruan China

CARA MENGENAL TELUR PALSU TIRUAN
  1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Haa..korang tengok betul-betul perbezaan gambar dibawah ini

Photobucket

Photobucket
Nampakkan perbezaannya

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.



Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang sekiranya Haram dimakan oleh orang Islam.




Adbox