Breaking

Friday, March 4, 2011

Owh | Tips senaman bagi yang Dagu berlapis

Disini tao nak kongsikan kepada anda yang memiliki dagu berlapis...ade gak yang bertanya-tanya, macam mana yer nak hilangkan dagu berlapis nieh.

Sesetengah anda ada memiliki saiz badan yang sedang-sedang ajer. Tapi, cam ader lak masalah iaitu pada bahagian dagu anda. Cuba anda tengok pada cermin, mungkin anda mempunyai dagu berlapis. Anda gemuk?? hrmm mungkin tidak, inilah masalahnya.

Disini tao nak bagi tips senaman bagi kepada mereka yang mempunya dagu berlapis.

Baiklah, bagi mengatasi dagu berlapis ataupun lemak di bawah dagu, anda perlulah;

1. Melakukan senaman secara rutin
2. Mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang
3. Elakkan diet yang melampau

Justeru itu, senaman yang boleh anda amalkan;

1. Kunyah gula-gula getah
Cara ini baik untuk otot rahang dan dagu anda.

2. Percikan air
~ Letakkan beberapa ketul ais dalam segelas air.
~ Percikkan air sejuk tadi ke kawasan bawah dagu dan leher anda.
~ Ulangi cara ini sebanyak 15 kali.

3. Menjulurkan lidah
~ Pertama sekali, buka mulut dan keluarkan lidah anda.
~ Cuba sentuh hidung anda dengan lidah (kalau boleh arr). =)
~ Ataupun cukup sekadar keluarkan lidah anda sejauh yang termampu.
~ Ulangi cara ini sebanyak 30 kali tau.

4. Tepukan @ tamparan ehh… bertepuk tampar la plak
~ Letakkan sedikit krim sejuk bawah dagu anda.
~ Pukul @ tampar secara perlahan bahagian bawah leher anda.
Mulakan dari bahagian bawah leher dan berakhir pada bawah dagu.
~ Lakukan tepukan @ tamparan yang lembut tapi dalam gerakan yang cepat.
~ Ulangi kaedah ini hingga 40 kali.

5. Mendongak
~ Dongak muka anda ke atas sambil membuka mulut seolah-olah seperti hendak menggigit sesuatu.
~ Lakukan cara ini antara 10 ke 15 kali sehari.

Selamat Mempraktikkannya! Chayok-chayok!!
Adbox