Breaking

Saturday, April 20, 2013

SERIUS! - Pengebom Boston Berjaya Di Kenal Pasti (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Dalam masa 2 hari Dua suspek yang disyaki melakukan serangan bom dalam acara maraton di Boston dikenal pasti sebagai adik-beradik iaitu Dzhokhar A. Tsarnaev, 19, dan abangnya Tamerlan Tsarnaev, 26.


Menurut pegawai keselamatan, Tamerlan yang ditahan pasukan polis pada awal pagi ini maut akibat terkena tembakan ketika menerima rawatan di hospital.


Bagaimanapun, adiknya masih bebas dan kini menjadi buruan polis.

Seorang suspek yang terlibat dalam kes pengeboman di Boston dilaporkan terbunuh pada Jumaat selepas berbalas tembakan dengan polis sehingga mencetuskan panik di bandar raya itu.

Polis kini sedang memburu suspek kedua.

Usaha memburu suspek bermula selepas seorang pegawai polis di sebuah universiti elit, Massachusetts Institute of Technologi (MIT) maut, menurut laporan The Boston Globe.

Insiden itu berlaku tiga hari selepas tragedi dua letupan bom ketika acara Maraton Boston.

Suspek pertama berjaya ditahan di Watertown dan media AS melaporkan suspek meninggal dunia kerana cedera parah.

MIT merupakan salah sebuah universiti terkemuka dunia yang terletak di Cambridge, Massachusetts di mana tiga orang awam maut manakala 180 lagi cedera parah dalam dua serangan bom ketika acara Maraton Boston sedang diadakan Isnin lalu.

SUMBER : Reuters

TAOTAUAJER : Mane si botak sesuka hati jer mengeluarkan kenyataan tidak berasas, kata muslim yang mengakibatkan letupan di acara maraton boston beberapa hari yang lalu. Sekarang tengok sape dalang sebenar?

Adbox