Breaking

Thursday, March 7, 2013

SERIUS! - Inilah Cara Orang China Tipu Agar Rumput Nampak Subur (5 Gambar)

TAOTAUAJER - Kita tentu kerap mendengar ayat 'rumput selalu tampak lebih hijau', bukan? Nah, inilah yang dilakukan kerajaan bandar Chengdu, China, membuat rumput-rumput bandar itu menjadi lebih hijau.



Malangnya, muncul dugaan semakin hijaunya rumput di bandar Chengdu bukan kerana rumput itu sihat dan subur, tetapi kerana dilumuri cat. Sejumlah wartawan China mengambil gambar pasukan penyelenggaraan taman bandar Chengdu tengah memancutkan sejenis cat dengan tanda Top Green Turf Greening Agent.



Selain itu, beberapa penduduk kota termasuk cat rumput itu-yang didakwa tidak beracun melekat di kasut mereka dan membuat tapak kasut berwarna hijau.



Yang, seorang penjual Top Green, mengakui syarikatnya memang menghasilkan cat rumput itu.

"Kami sudah menjualnya kepada kerajaan bandar Chengdu selama lima atau enam tahun terakhir. Kami juga bekerja sama dengan banyak kerajaan kota, misalnya Tianjin dan banyak wilayah lain," kata Yang, salah seorang salesman Top Green.

Laman rasmi Top Green mendakwa warna hijau yang dihasilkan cat rumput buatannya boleh berlangsung antara 10-14 hari dan tidak akan mengubah tanah menjadi hijau.

Sejauh ini, Jabatan Pertamanan bandar Chengdu enggan mengulas soal penggunaan cat rumput itu. Namun, kerajaan mengatakan cecair yang dilepaskan itu bukanlah cat, melainkan sebuah nutrisi yang boleh membantu rumput tetap hidup selama musim sejuk.

TAOTAUAJER : Agak pelik bagi kita di malaysia apabila rumput di spary dengan warna hijau bagi menampakkan kesegaran rumput tersebut di kawasan awam. Mungkin ia langkah bijak kerajaan bandar supaya nampak lebih indah tetapi juga mendatangkan kesan yang buruk jika pijak atau duduk pada rumput tersebut. Kalau guling-guling macam cerita industan alamatnyer bangun-bangun dah jadi shrek..hahaa.

Adbox