Breaking

Thursday, August 30, 2012

WOW! - Uniknyer Robot Pembuat mee dari China

TAOTAUAJER - Unik Robot di cipta bagi menghasilkan Mee di China. Mungkin ramai tidak tahu bahawa mee sudah wujud pada 2500 tahun yang lalu di China. Kini dunia semakin maju mengikut peredaran zaman robot pembuat mee tercipta di China.


Robot pembuat mee, demikian namanya, dikeluarkan oleh seorang pengusaha di China untuk membuat mee dengan cara yang sama konvensionalnya dengan tenaga manusia.


Cui Runguan, pengusaha tersebut mendapat idea untuk memghasilkan robot tersebut pada tahun 2009. Ketika masih bekerja sebagai juru pembuat mee di restoran miliknya sendiri.

Cara kerjanya cukup sederhana, yakni menyerupai alat wiper yang ada dikenderaan dimana robot memotong adunan tepung menjadi potongan mee.

Cui Runguan berani melaburkan wangnya untuk membuat robot-robot ini. Pasalnya dia menganggap permintaan robot pembuat mee ini akan semakin meningkat pada masa hadapan. Alasannya dengan robot ini kos menghasilkan mee ini dijamin lebih murah.

Berikut ini adalah video bagaimana robot pembuat mee diciptakan.


sumber : eater.com

TAOTAUAJER : Robot pembuat mee tu sungguh lawa la pulak ... mesra pengguna la nie kot. Gempak inovasi kat china macam-macam deorang reka. Lamborghini boleh buat sendiri , kapal selam boleh buat sendiri,yang terkini lelaki di China buat tangan bionik sendiri

Adbox