Breaking

Sunday, July 19, 2015

VIRAL! - Saat Genting Ibu Lahirkan Bayi Dalam Kereta Menjadi VIRAL

TAOTAUAJER - VIDEO ini memaparkan saat-saat genting seorang wanita yang bersalin di dalam keretanya ketika dalam perjalanan ke pusat bersalin di Houstan, Texas.


Detik mendebarkan itu telah dirakam oleh suaminya sendiri yang sedang memandu kenderaan tersebut sementara wanita itu duduk di sebelahnya.

Video yang baru dimuat naik beberapa hari lalu itu mendapat perhatian orang ramai dan sudah ditonton lebih 5 juta kali di Youtube.

Menerusi video itu, selepas menjerit beberapa kali, wanita itu mula menyedari bahawa dia terpaksa melahirkan serta menyambut anaknya itu sendiri.

Bayi lelaki seberat lebih 4 kg itu merupakan anak ketiga pasangan tersebut, mereka sudah mempunyai dua anak perempuan.

Sudah pasti ini adalah pengalaman luar biasa yang tidak akan dilupakan mereka. 


TAOTAUAJER : video yg sungguh menyentuh perasaan kami. Inilah sebabnya kita kne hormati ibu kita. Mohon viralkan. Sayangi ibu anda.


Adbox