Breaking

Friday, December 5, 2014

SUBHANALLAH! - Lelaki Jatuh Bangunan Baca Surah An-Nazi'at Hingga Hembus Nafas Terakhir [VIDEO]

TAOTAUAJER - Lelaki di dalam video ini dikatakan telah jatuh dari tingkat lima sebuah bangunan asrama di Universiti King Saud di Riyadh, Arab Saudi.


Melalui laman web Abu Aqif Studio, seorang pengguna Facebook dengan nama Azlina Abdul Aziz berkata lelaki itu adalah suami kepada rakan universiti ustazahnya dan merupakan pelajar universiti berkenaan.

“Mashaallah, suami ustazah makcik punya unimate meninggal dunia akibat terjatuh bangunan hostel 5 tingkat di Riyadh, King Saud’s Unversity student.

“Menunggu ambulans 30 minit lambat, namun kuasa Allah mengatasi segalanya,” katanya.

Menurut Azlina, walaupun tidak boleh bergerak namun hati dan jiwa lelaki itu tetap hidup, dan beliau terus istiqamah membaca surah An-Naziat sehingga dikhabarkan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

TAOTAUAJER : Hebatnya hamba Allah ini . Kita ni nanti waktu nazak , belum tentu "Allah" pun kita boleh lafazkan . Semuanya atas amalan kita . Hanya Allah yg Maha Mengetahui .
Adbox