Gambar bunian berjemaah di gunung Jerai tersebut pada asalnya dimuatnaik bertujuan untuk memaklumkan berkenaan penampakan entiti a.k.a orang bunian yang sedang bersolat jemaah seperti mana yang dibulatkan.
Namun begitu, timbul pertikaian apabila beberapa pendapat menyatakan mengenai keistimewaan tempat tersebut hingga menimbulkan kekeliruan pengguna media sosial yang lain.
Foto yang dipercayai diambil oleh kakitangan TM sewaktu selepas membuat pemeriksaan keatas pencawang TM waktu petang di puncak Gunung Jerai Kedah pada hari Ahad baru-baru ini (22.06.2014) kini tersebar meluas di Facebook.
Selain itu juga tao ada jumpa satu gambar yang dimana mungkin boleh merungkai misteri bunian ini namun begitu andaian tao tidak sangat tepat hanya Allah yang tau apakah benar di dalam gambar tersebut adalah benar-benar bunian ataupun ianya adalah majlis ilmu yang berlangsung di kawasan tersebut. Cuba korang semua lihat gambar di bawah ini.
TAOTAUAJER : Kalau di perlihatkan gambar ini dan diatas.. persamaanya adalah pagar yang berwarna putih dan coraknya. Berkemungkinan gambar bunian yang di perkatakan itu adalah majlis ilmu di kawasan itu tetapi mereka tidak perasan. Bagaimana pula dengan pendapat anda?