Breaking

Sunday, February 23, 2014

WTF! - Jijik Apabia Pekerja Kencing Di Sinki Pizza Hut Terakam [VIDEO]

TAOTAUAJER - Sungguh menjijikkan apabila terakamnya satu video seorang pekerja Pizza hut kencing di sinki restoran tersebut. Disebabkan oleh kejadian ini sebuah restoran Pizza Hut yang terletak di Mingo County, West Virginia, Amerika Syarikat terpaksa ditutup buat sementara waktu.


Sebaik rakaman CCTV perbuatan menjijikkan itu diketahui, restoran tersebut terus diarahkan tutup oleh jabatan kesihatan tempatan untuk menjalani pemeriksaan kebersihan dan kesihatan.

Hal ini kerana perbuatan itu dikhuatiri memberi kesan pada pengguna memandangkan sinki sama digunakan untuk mencuci peralatan yang digunakan untuk memasak makanan dan menghidangkannya pada pelanggan.

Pizza Hut Corporation mengesahkan, lelaki dalam video terbabit adalah Pengurus Daerah mereka yang telah dipecat serta merta kerana tidak mengikut standard operasi dan mencemarkan nama baik syarikat.

Bagaimanapun, jurucakap Pizza Hut turut menjelaskan bahawa perbuatan itu dilakukan selepas waktu operasi.



SUMBER : Mynewshub

TAOTAUAJER : Adoyai... ade gak orang yang macam nie, agakagak la kalau dah tak tahan nak kencing pun pergi la lari ke tandas. Ni dalam singki yang berkemungkinan orang akan guna untuk makanan atau peralatan memasak di premis ni pulak - Koleksi WTF!


Adbox