TAOTAUAJER - Monumen yang popular dengan erti cinta iaitu Taj Mahal sebagai monumen of love , tetapi ada cerita yang korang tak tau di sebaliknyer iaitu ia adalah monumen yang memperlihatkan kegemilangan dinasti Maharaja Bahadur Shah diangkat sebagai pemerintah Empayar Mughal pada 1837.
Tapi apa yang berlaku dengan keturunan raja tersebut adalah hidup dengan serba daif di masa kini. Bahadur Shah Zafar ,seorang wanita yang juga pewaris kepada Maharaja terakhir Empayar Mughal,kini menjalani kehidupan serba daif, jauh berbeza dengan kemewahan yang pernah dikecapi ahli keluarganya di dalam istana suatu masa dahulu.
Nasib Sultana Begum, 60, berubah selepas kematian suaminya, Putera Mirza Bedar Bukht iaitu cicit kepada Bahadur Shah pada tahun 1980.
Sejak itu, Sultana terpaksa tinggal di sebuah pondok kecil dua bilik di Howrah, sebuah kawasan setinggan di Kolkata, di mana dia berkongsi dapur dengan jirannya selain membasuh kain di jalanan dengan menggunakan air daripada paip awam.
Di pondok itu, wanita tersebut tinggal bersama seorang anak perempuannya yang belum berkahwin.
Lima lagi anaknya, terdiri daripada empat perempuan dan seorang lelaki telah berkahwin, namun mereka turut hidup serba kekurangan.
Jelas Sultana, dia kini bergantung hidup dengan pencen bulanan sebanyak 6,000 rupee (RM300) bagi menyara diri, enam orang anak dan cucu-cucunya.
"Setakat ini, kami masih mampu hidup, tapi hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana," katanya.
Walaupun menghabiskan kebanyakan masanya dengan menjalankan perniagaan kedai minuman dan menjahit pakaian wanita, Sultana bersyukur kerana masih ada pihak yang datang membantu.
"Suami saya, Allahyarham Mirza Bedar pernah memberitahu saya bahawa kami datang dari keluarga diraja yang sangat dihormati dan tidak pernah meminta-minta untuk meneruskan kehidupan,'' katanya lagi.
SUMBER : Utusan, Dailymail
TAOTAUAJER : Selain daripada monumen Taj Mahal sewaktu kegemilangan pemerintah Empayar Mughal pada 1837 adalah, Istana Merah dan Kubu Agra. Kesian meskipun berketurunan raja tapi kehidupan yang kini nyer adalah daif. - Koleksi Sadis!