Breaking

Sunday, March 24, 2013

WOW! - Unik Golden Tabby Tiger Harimau Berjalur Emas (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Harimau merupakan spesies binatang terbesar di kalangan empat jenis "kucing besar" Kebiasaanya harimau berbelang hitam dan kuning dan yang agak rare ia berwarna putih, tapi ada tahukah anda Selain harimau putih, wujudnya satu lagi jenis harimau iaitu harimau emas.






Harimau berjalur keemasan “golden tabby tiger” merupakan salah satu spesies haiwan yang sangat jarang kita temui atau jumpa.

Harimau ini mempunyai bulu emas yang bercahaya, kaki pucat dan bergaris oren.

Bulunya cenderung lebih tebal dari kebanyakan harimau biasanya.

Selain itu, harimau ini cenderung bertubuh lebih besar daripada harimau lainnya, bahkan harimau putih.

Harimau emas terbentuk kerana adanya variasi warna yang sangat jarang berlaku disebabkan oleh gen resesif.

Hanya ada sekitar 30 harimau emas di seluruh dunia.

Harimau emas pertama ditemui pada tahun 1983 di India dan ini berasal dari standard mutasi gen harimau bengal berwarna.

TAOTAUAJER : Subhanallah memang menakjubkan dan unik! seekor binatang yang unik mempunyai bulu emas yang bercahaya. Diharap pemburu-pemburu tidak membunuh harimau ini semata-mata untuk mendapatkan bulu emasnya. - Koleksi Emas


Adbox