Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » OMG! - Wanita Sniper Sulu Tak Mati Ditembak Dan Ditangkap (2 GAMBAR)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Kalau sebelum ini pasukan keselamatan berjaya membunuh seorang wanita sniper dalam pertempuran Ops Daulat, kini pasukan keselamatan berjaya memberkas seorang pengganas wanita hidup-hidup dan menembak mati seorang pengganas bersenjatakan parang dalam operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu semalam.


Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas ketika operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu pada kira-kira 1.30 tengah hari semalam, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut 63 orang.


Seorang militan wanita berusia lewat 40-an serta tidak bersenjata turut ditahan dalam operasi itu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pengganas lelaki itu mati ditembak pada pukul 1.30 petang susulan daripada pertempuran yang tercetus pada pukul 11.30 pagi manakala dalam pertempuran tersebut juga seorang anggota tentera cedera di jari kiri akibat terkena serpihan peluru.



"Susulan itu, pasukan keselamatan terus menjejaki musuh dan berlaku pertempuran di mana pasukan kita telah membunuh seorang daripada mereka serta menahan seorang wanita.

"Anggota tentera daripada Unit Grup Gerak Khas (GGK) yang cedera pula stabil dirawat di Hospital Lahad Datu selepas pembedahan," kata beliau pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16 .


SUMBER : Kosmo, 

TAOTAUAJER :  Seram pulak tengok gambar wajah wanita yang di atas tu, dah macam hantu pon ader, tahniah buat pasukan keselamatan berjaya menangkap pengganas ini - Berita LAHAD DATU CRISIS


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post