Breaking

Friday, December 14, 2012

PEMBONGKARAN! - Kisah Sebenar Kenapa Pengadil Korea Berat Sebelah [VIDEO]

TAOTAUAJER - Agak mengecewakan apabila malam semalam Harimau Malaya tumpas kepada Gajah putih. Malaysia tumpas di tempat lawan yang berlangsung di Stadium Supachalasai. Ramai yang berasa tidak puas hati dengan tindakan pengadil dari korea tersebut melayangkan kad merah kepada pemain Malaysia.


Dengan itu, Malaysia terpaksa melupakan misi mempertahankan kejuaraan dimenangi dua tahun lalu apabila Thailand meledak dua gol menerusi jaringan Teerasil Dangda dan Teerathon Bunmathan pada minit ke-60 dan 65.Gol itu hadir selepas Fadhli menerima kad kuning kedua pada minit ke-42 kerana didakwa bertelagah dengan Datsakorn Thonglao.

“BAGI saya keputusan pengadil itu tidak betul,” kata ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal yang tidak puas hati dengan keputusan pengadil, Lee Min Hu melayangkan kad merah kepada Mohd Fadhli Shas pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF malam tadi.

Pada masa yang sama pengulas Stars Sport juga tidak puas hati dengan pengadil...
" Peminat bola sepak Malaysia mempunyai banyak sebab untuk kecewa dengan keputusan pengadilan dalam permainan ini." Bad Refereeing Decisions, Poor Refereeing.... dumbest looking football field i ever saw in AFF - - Pengulas PJ Roberts, StarSPORTS

Masih ingat tak korang akan satu kejadian Pengadil di takle oleh pemain malaysia sewaktu Malaysia vs. Australia pada tahun 2011? Pengadil yang di takle tersebut adalah Lee Min Hu iaitu pengadil yang mengadili perlawanan semalam.




TAOTAUAJER : Tak pasti la jika pengadil ini masih mempunyai dendam kesumat akan kejadian yang berlaku pada tahun 2011 tersebut , ada juga andaian dari penyokong-penyokong fanatik yang mengatakan pengadil ini mengambil rasuah. Yang kelakarnya apabila membaca tweet-tweet dari penyokong malaysia dan juga yg mencari populariti sepanjang perlawanan bola sepak ini.

Adbox