Breaking

Wednesday, December 19, 2012

ANEH! - Ikan Boleh ‘Berjalan’ Di Darat Ditemui di Vietnam

TAOTAUAJER - Beberapa saintis mengenal pasti sebanyak 129 spesies baharu di kawasan Mekong Besar termasuk ikan air tawar seperti keli yang boleh 'berjalan' di darat, kata Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) di Hanoi semalam 18 December 2012.


Sebelum ini juga tao ada tunjukkan pada korang dimana satu fenomena ikan yang melintas jalan di Washington. Saksikan VIDEO dan ARTIKEL lengkap [LINK]


IKAN kecil yang berukuran antara 15 milimeter (mm) hingga 20mm ditemui di Surat Thani, selatan Thailand baru-baru ini.
Maklumat tersebut terdapat di dalam laporan baharu WWF yang memperincikan penemuan pada 2011 itu.

Kawasan Mekong Besar merangkumi sebahagian Thailand, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Laos dan wilayah Yunnan di selatan China.

Ikan air tawar itu hidup di beberapa batang sungai di Pulau Phu Quoc, dekat Delta Mekong, dalam wilayah Kien Giang di Vietnam.

Dikenali dengan nama saintifik, Clarias gracilentus, spesies itu mempunyai kebolehan menggunakan sirip-siripnya untuk berdiri tegak dengan haiwan tersebut menggoyang-goyangkan badannya untuk bergerak ke hadapan seperti seekor ular.

Antara spesies baharu yang unik di kawasan berkenaan termasuk ikan terkecil baharu yang berukuran antara 15 milimeter (mm) hingga 20mm panjang dan katak yang boleh 'menyanyi' di utara Vietnam.

Ikan kecil itu ditemui di Surat Thani, selatan Thailand. - Agensi

SUMBER : Kosmo

TAOTAUAJER : Nampaknya seakan ikan sedang berevolusi untuk boleh bergerak di luar dari kemampuannya, apakah ini impak-impak negatif dari kesan pencemaran ataupun disebabkan oleh pemanasan global? Wallahualam~

Adbox