Sebuah bangunan kediaman setinggi lima tingkat berada di tengah sebatang jalan raya yang baharu di Kampung Xiazhangyang, China. Perlihatkan lagi gambar-gambar di bawah ini.
Bangunan itu tidak diruntuhkan kerana Luo Baogen dan isterinya enggan berpindah disebabkan ganti rugi yang ditawarkan pemerintah masih rendah.
Dia dan isterinya tinggal di salah satu tingkat bangunan tersebut.
Menurut laporan media, semua jiran pasangan tersebut sudah berpindah.
Beberapa buah kenderaan yang melalui jalan tersebut akan bergerak bahagian depan dan belakang bangunan berkenaan.
Bagaimanapun, jalan raya tersebut masih belum dibuka secara rasmi
TAOTAUAJER - Disebabkan enggan untuk berpindah akhirnya rumah tersebut terletak di tengah-tengah jalan raya. Nie belum di buka secara rasmi nanti dah di buka memang akan terganggu dengan bunyi bising, pencemaran asap hasil dari kesibukan lalu lintas. Tak pasal-pasal pulak nanti ada pulak yang kemalangan merempuh masuk dalam rumah tu pulak - Koleksi only in China