Breaking

Friday, November 2, 2012

ANEH! - Lembu ini mempunyai 6 kaki di tubuhnya (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Biar betul lembu ini mempunyai enam kaki. Inilah kejadian pelik yang berlaku terhadap makhluk di dunia ini bukan bermakna ia satu ciptaan yang gagal, tetapi kalau korang nak tau kejadian itu mempunyai hikmah yang tersendiri. Seperti seekor lembu ini dimana mempunyai dua kaki tambahan pada tubuhnya.


Kini terdapat seekor anak lembu betina berkaki enam menyangkal ramalan doktor haiwan bahawa ia tidak akan dapat hidup lama. Lilli yang kini berusia tujuh minggu menjadi selebriti di Switzerland selepas media tempatan menyiarkan gambar ia bermain-main di padang.




Petani, Andreas Knutti dari Weissenburg yang terletak 30 kilometer ke selatan ibu kota Switzerland, Bern memberitahu, dia tidak sampai hati untuk menghapuskan anak lembu peliharaannya kerana ia bersemangat untuk hidup. Dia memberitahu akhbar tempatan, Blick bahawa kecacatan tulang belakang menyebabkan Lilly tidak dapat mengeluarkan susu seperti lembu susu lain.  

Namun, kata Knutti, jika anak lembu itu kekal sihat, ia akan dibenarkan menyertai lembu-lembu lain di padang ragut pergunungan Alpine pada musim panas ini.  

SUMBER : DM

TAOTAUJAER : Aneh bukan kita melihat lembu ini mempunyai kaki lebih di badannya. Meskipun lembu ini mempunyai kaki lebihan di tubuhnya tetapi ia langsung tidak menganggu proses kehidupannya. - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa

Adbox