Breaking

Tuesday, October 16, 2012

WOW! - Planet Dipenuhi Belian Ditemui di Angkasa Lepas

TAOTAUAJER - Wow planet di penuhi dengan belian di temui di angkasa lepas. Pasti tak tercapai akal korang aga-agaknyer macam mana keadaannya sebuah planet yang di penuhi dengan belian. Dimana sekumpulan ahli astronomi menemui sebuah planet dua kali lebih besar daripada Bumi dengan sebahagian besarnya adalah berlian, mengorbit bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar.


Gambaran artis disiar Universiti Yale menunjukkan Planet ’55 Cancri e’


Planet berkenaan yang dipanggil ‘55 Cancri e’ mengorbit bintang seperti matahari dalam buruj Cancer. Ia bergerak terlalu pantas hingga tempoh setahun di sana hanya mengambil masa kira-kira 18 jam.

Penemuan oleh sepasukan penyelidik Amerika Syarikat-Perancis, garis pusatnya juga dua kali ganda daripada Bumi manakala jisimnya lapan kali lebih besar.

Itu bermakna kepadatannya sama seperti Bumi, walaupun ada planet berlian sebelum ini mempunyai kepadatan lebih tinggi. Planet berlian juga berkeadaan amat panas dengan suhu permukaannya mencecah 1,648 Celsius.

“Permukaan planet ini diliputi grafit dan berlian berbanding air dan granit,” kata penyelidik Yale, Nikku Madhusudhan.Penemuannya itu akan diterbitkan dalam jurnal Astrophysical Journal Letters.

Dalam kajian itu, Olivier Mousis dari Institut de Recherce en Astrophysique et Planetologie di Toulouse, Perancis, menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jisim planet itu yang menyamai kira-kira tiga jisim Bumi, mengandungi berlian.

Penemuan berkenaan juga adalah yang pertama kali planet berlian dilihat mengelilingi bintang seperti matahari membolehkan kajian dijalankan dengan terperinci.

“Ini adalah gambaran pertama dunia batuan dengan asas kimia berbeza dari Bumi,” kata Madhusudhan.

Beliau juga berkata, penemuan planet yang kaya dengan karbon itu bermakna, planet berbatu yang jauh tidak lagi dianggap mempunyai persamaan dengan bumi dari segi juzuk kimia, keadaan dalaman, atmosfera atau biologinya.

Seorang ahli astronomi di Universiti Princeton, David Spergel juga berkata, adalah lebih mudah untuk mengenal pasti struktur asas dan sejarah sesuatu bintang jika jisim dan usianya diketahui.

“Planet adalah lebih kompleks. Planet lebih besar daripada Bumi kaya dengan berlian ini satu daripada contoh hasil penemuan yang bakal ditemui untuk kita memulakan penerokaan planet dekat dengan bintang,” kata Spergel.
SUMBER : Berita Harian Online

TAOTAUAJER - Tao dah agak dah pasti planet ini panas sebab dalam pembentukan belian memerlukan tekanan dan suhu yang tinggi.  Agak-agak NASA nak tak buat ekspedisi ke planet tersebut untuk mendapatkan belian. Mane tau suatu hari nanti belia boleh di jadikan sebagai sumber tenaga, mane kita tahu. - Koleksi Alam Semestar

Adbox