Sebuah Blog Informasi Yang Mengandungi Pelbagai Info - Info Menarik Dan Terkini
WOW! - [WATCH] More hot chicks & new rides in Fast & Furious 6.
Home » , , » PEMBONGKARAN! - Osama tidak bersenjata sewaktu di bunuh

PEMBONGKARAN! - Osama tidak bersenjata sewaktu di bunuh

Written By taoslayerz on Monday, September 3, 2012 | 9:35 AM

TAOTAUAJER - Setahun sudah berlalu akan pemergian Osama kini pendedahan terperinci telah di buat mengenai serbuan komando elit Tentera Laut AS ke atas Osama bin Laden menunjukkan ketua al-Qaeda itu tidak bersenjata ketika ditembak mati.


Malah, maklumat terbaru menyatakan, Osama sudah meninggal dunia ketika tentera terbabit menyerbu biliknya di Abbottabad, Pakistan. Dan mayatnya dikatakan di buang


Maklumat itu terkandung dalam buku No Easy Day: The Firsthand Account of the Mission That Killed Osama bin Laden yang dihasilkan penulis misteri - menggunakan nama samaran Mark Owen.

Owen mendakwa dia adalah seorang daripada anggota komando yang melihat Osama terbunuh dalam serbuan Mei tahun lalu. Osama dikatakan ditembak di kepalanya ketika dia menjenguk keluar melalui tingkap bilik tidurnya. Menurut penulis buku itu, misi berkenaan berlangsung tidak seperti didedahkan pihak berkuasa kepada umum.


“Skuad elit nampak Osama ketika dia bersembunyi di bilik tidurnya dan mereka menaiki tangga memburunya ke tingkat tiga. 
“Kami berada kurang dari lima langkah untuk ke atas apabila saya terdengar tembakan. 
“Dari kedudukan saya, tidak dapat dipastikan tembakan itu mengena sasaran atau tidak dan Osama menghilang ke bilik gelap,” katanya. 

Ketika pelbagai media mendakwa Osama bersenjata dan enggan menyerah, Owen mendakwa, ketua al-Qaeda itu tidak lagi bernyawa ketika dia tiba di bilik berkenaan. 
“Osama terbaring nazak dan kami mengarahkan laser senjata ke dadanya sebelum melepaskan beberapa das tembakan sehingga dia tidak lagi bergerak,” katanya. 
Dua senjata api ditemui di bilik berkenaan tetapi tiada satu pun berisi peluru. 
“Dia tidak bersedia mempertahankan diri dan tiada niat untuk melawan,” katanya.
 Infografik : kronografi situasi pembunuhan Osama bin Laden


 SUMBER : Dailymail

.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
Share this article :
Photobucket
Kunjungi juga Facebook Blog Taotauajer : Jom ke Page Tao TAOTAUAJER | Enhanced MyBloggerTricks.com

ARTIKEL BUSUK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. ! TAO TAU AJER - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger