Dalam proses bercinta, itu ini sanggup dilakukan. Sanggup berjumpa walaupun duduk berjauhan pun ada rela yang buat. Lepas berkahwin, ramai yang berkata pasangan akan berubah perangai atau tabiat sedikit demi sedikit. Tetapi tidak bagi seorang lelaki yang tidak dikenali di China.
Kerana berasa sangat bersalah terhadap isterinya, dia sanggup melakukan tindakan yang boleh dianggap kurang waras oleh orang ramai di China.
Lelaki itu telah curang dengan isterinya kerana mempunyai perempuan simpanan.
Dia telah merangkak sejauh 1000 meter yang bermula dari Putian, Wilayah Fujian kerana ingin memohon kemaafan dari isterinya.
Orang ramai yang melalui kawasan itu cuba untuk menghulurkan bantuan kepadanya.
Tetapi dia menolak dengan menyatakan dia sengaja melakukan perbuatan itu kerana ingin menebus kesalahan terhadap isterinya.
Setiap satu langkah merangkaknya, dia akan sujud di jalan sehinggakan dahinya berdarah.
Namun, seorang wanita tiba-tiba muncul dengan menaiki teksi dan terus membawa lelaki itu masuk ke dalam kenderaan tersebut.
Orang ramai yang melihat kejadian itu telah mengira langkah merangkak lelaki itu dan genaplah 1000 meter dia merangkak yang akhirnya berhenti di Zhengrong Times Square.
Tidak diketahui sama ada wanita itu isterinya atau perempuan simpanannya.
TAOTAUAJER : Inilah di katakan cinta.. cinta gila sehinggakan lelaki ini sanggup merangkak 1000 meter mohon ampun isteri.
TAOTAUAJER : Inilah di katakan cinta.. cinta gila sehinggakan lelaki ini sanggup merangkak 1000 meter mohon ampun isteri.