TIPS! - PELUANG TERAKHIR: Bowling PERCUMA khas bagi mereka yang menggunakan Samsung!

OMG! - Kanibal di China, Lelaki Mabuk Kunyah Muka Wanita (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - OMG! menggemparkan apabila berlakunya kejadian negeri apabila seorang lelaki mabuk mengunya muka wanita , sebelum ini pernah berlaku di Miami dimana seorang lelaki bogel di bawah pengaruh bath salt meratah muka dan di tembak mati... kejadian kali ini pula berlaku di negara China.


WENZHOU – Serangan kanibal terbaru yang mengerikan nampaknya menular ke China, apabila seorang pemandu bas mabuk cuba menggigit muka seorang wanita.


Wanita malang itu memerlukan pembedahan plastik bagi memulihkan kecederaan akibat perbuatan lelaki berkenaan. Menurut media tempatan, pemandu yang dikenali sebagai Dong itu meminum arak terlalu banyak ketika makan tengah hari sebelum kejadian beberapa hari lalu.

Dia kemudian berlari ke tengah jalan raya di bandar raya ini dan berdiri di depan kereta dipandu wanita bernama Du serta menghalangnya daripada bergerak. Dong memanjat ke atas bumbung kereta dan mula menumbuk kenderaan itu, manakala Du yang panik menjerit meminta tolong.

Apabila Du keluar dari keretanya, Dong melompat ke arahnya dan menolak wanita itu hingga mangsa terjatuh di atas jalan raya.

Dong kemudian menggigit muka Du menyebabkan dia yang menjerit ketakutan dan kesakitan, berlumuran darah.

Orang ramai kemudian cuba menarik Du daripada mangsa. Saksi berkata, Dong sudah hilang ingatan kerana enggan melepaskan Du. Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya menahan Dong bagi mengakhiri kejadian itu.

Du dibawa ke hospital dan doktor berkata, dia memerlukan pembedahan plastik bagi merawat hidung dan bibirnya yang cedera teruk akibat digigit lelaki berkenaan.

Kejadian itu berlaku tidak lama selepas satu siri insiden serangan kanibal dilakukan seorang penagih dadah di Amerika Syarikat bulan lalu. – AP


TAOTAUAJER : Ape nak jadi dengan dunia nie dah la pertumpahan darah tak pernah nyer berhenti, kini wujudnya gejala-gejala gila seperti ini. Tao masih ingat lagi ade artikel dimana menyatakan Amerika bagi menghadapi tahun 2012 boleh pulak negara tersebut mengeluarkan garis panduan bagi menghadapi Zombie adakah ini zombie yang dikatakan?

.
:
:
:
:
Photobucket
Kunjungi juga Facebook Blog Taotauajer : Jom ke Page Tao TAOTAUAJER | Enhanced MyBloggerTricks.com

ARTIKEL MENARIK

 
Copyright © 2014 ! TAO TAU AJER - All Rights Reserved
|Blogged.my | | | best entertainment blogs| PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger|
Template By Catatan Info