TAOTAUAJER - Menggemparkan apabila satu Asteroid selebar hampir satu mil akan melintasi bumi pada esok hari, 22 Julai 2012. Menurut Daily Mail,Asteroid tersebut dianggarkan 2,000 kepada 4,500 kaki lebar(609,6 meter hingga 1,37 km).
Objek ini diklasifikasikan sebagai asteroid terdekat bumi NEA(Near-Earth-Asteroid).
NEA (berhampiran Bumi asteroid) 2002 AM31 digambarkan sebagai 'saiz blok bandar'. Ahli astronomi berkata, jangan panik - kerana asteroid gergasi ini akan melalui ruang angkasa 14 kali jauh dari Bumi daripada Bulan.
Asteroid gergasi tersebut akan dijejaki secara langsung oleh kamera di bumi dan di angkasa.
Korang dapat menyaksikan asteroid ini melintasi bumi dengan menonton via live streaming Kamera Antariksa Slooh. Laman peninjau angkasa ini akan menyajikan pandangan dari teleskop Observatorium Prescott, Arizona, Amerika Syarikat dan Pulau Canary, barat Afrika. Tayangan langsung dijadualkan mulai pada pukul 19.30 waktu setempat.
Menurut penyelidik, asteroid ini tidak berpotensi merempuh bumi pada akhir tahun ini. Tapi, benda luar angkasa ini tetap dalam pemantauan untuk potensi bahaya bagi masa hadapan. Pusat Planet Minor di Cambridge, AS, mengategorikan batu raksasa ini sebagai "asteroid yang berpotensi menyebabkan bencana".
Asteroid 2002 AM31 ditemukan pada tahun 2002. Pergerakannya sudah dikenalpasti dengan radar oleh para astronomi NASA. Mereka memasang antena radio dalam luar angkasa di Goldstone, California, AS. Observatorium Arecibo, Puerto Rico, juga sudah siap memantau pergerakan
asteroid ini pada akhir tahun. -dailymail
TAOTAUAJER : Di takuti adalah berkemungkinan asteroid yang besar ini bakal mendatangkan bencana, ini kerana halaju, radiasi, suhu dan beberapa indaikator lain asteroid tersebut berkemungkinan mempengaruhi cuaca dan memberi impak negatif.