SERIUS! - Video ni mungkin menyentap perasaan anda yang bergelar ibu & ayah
Home » , , » WOW! - Tablet keluaran Malaysia 1Malaysia Pad dipasarkan (4 GAMBAR)

WOW! - Tablet keluaran Malaysia 1Malaysia Pad dipasarkan (4 GAMBAR)

Written By taoslayerz on Saturday, May 26, 2012 | 9:49 AM

TAOTAUAJER - Wow.. Malaysia keluarkan tablet! Syarikat MalTechPro Sdn Bhd memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali '1Malaysia Pad' yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.


Tablet '1Malaysia Pad' Kini Di Pasaran

Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger. 

Saksikan lagi gambar-gambar  '1Malaysia Pad'di bawah ini...



Model apakah agak nyer PAD nie.. ape spesifikasi PAD 1 MALAYSIA ini ?


Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.


"Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem Android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G.

"Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing," katanya.

Selain itu katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.

Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara. - BERNAMA

TAOTAUAJER : Bagus la kalau nak bagi peluangkan student nak pakai barangan buatan malaysia yang agak murah sedikit berbanding dengan produk terkenal yang di hasil dari luar negara. Confrm banyak cemuhan bakal di lemparkan akan pengeluaran produk ini... hehe! Malaysia pon ade iPad sendiri ... huhu bangga!
.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
KONGSIKAN ARTIKEL INI :
Photobucket
Kunjungi juga Facebook Blog Taotauajer : Jom ke Page Tao TAOTAUAJER | Enhanced MyBloggerTricks.com

ARTIKEL MENARIK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik 2 kali untuk TUTUP
 
Support : | | | | best entertainment blogs| PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger|My Ping in TotalPing.com
Copyright © 2013. ! TAO TAU AJER - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger