Sebuah Blog Informasi Yang Mengandungi Pelbagai Info - Info Menarik Dan Terkini
WOW! - [WATCH] More hot chicks & new rides in Fast & Furious 6.
Home » , , » OMG! - Apabila Besi tembus kereta (GAMBAR)

OMG! - Apabila Besi tembus kereta (GAMBAR)

Written By taoslayerz on Saturday, May 19, 2012 | 6:18 PM

TAOTAUAJER - ROZIANA menenangkan suaminya, Mohd. Ali selepas kereta mereka ditembusi besi penghadang lebuh raya di Kilometer 214.9, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Changkat Jering di Taiping semalam.


Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku kepada tiga beranak yang terselamat walaupun kereta Proton Saga yang dinaiki mereka ditembusi besi penghadang lebuh raya sepanjang 15 meter selepas kenderaan itu terbabas ke tepi lebuh raya.


Semasa kejadian pada pukul 2.30 petang di Kilometer 214.9, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Changkat Jering itu, pemandu kereta, Mohd. Ali Mohd. Hussin, 33, isterinya, Roziana Abu Samah, 29, dan anak lelaki pasangan itu, Mohd. Haziq, 3, dalam perjalanan ke Petaling Jaya, Selangor.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, Mohd. Ali yang memandu kereta dipercayai mengantuk menyebabkan kenderaan itu merempuh penghadang lebuh raya.

Kejadian itu menyebabkan, Mohd. Ali tersepit dalam kereta dipandunya dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan orang ramai.

Difahamkan keluarga itu berasal dari Kulim, Kedah dan mahu ke Petaling Jaya untuk menziarahi kakak Roziana di Petaling Jaya.

Roziana yang sedang memangku anaknya ketika kejadian berkata, sebelum terbabas kereta dipandu suaminya bergerak terhuyung-hayang.

"Suami ketika itu juga memberitahu dia mahu berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat Changkat Jering yang terletak 10 kilometer dari tempat kejadian.

"Bagaimanapun, sebelum sempat berhenti rehat, kereta kami terlebih dulu terlibat dalam kemalangan," katanya yang hanya cedera ringan.

TAOTAUAJER - Disini tao ingatkan kat korang kalau memandu tu bawa lah berehat seketika, jangan biarkan ego menguasai diri dan orang yang anda sayang yang menerima padahnya. 
.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
Share this article :
Photobucket
Kunjungi juga Facebook Blog Taotauajer : Jom ke Page Tao TAOTAUAJER | Enhanced MyBloggerTricks.com

ARTIKEL BUSUK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. ! TAO TAU AJER - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger