Breaking

Thursday, March 1, 2012

Wow! - Tokyo Sky Tree Menara komunikasi tertinggi siap dibina

TAOTAUAJER - Sebelum ini tao penah mendokumentarikan tentang Tokyo Sky Tree yang dinobatkan sebagai Menara komunikasi tertinggi di Dunia. Nak lihat gambar SINI. Tokyo Sky Tree dengan ketinggian 634 meter di sini siap sepenuhnya semalam.

GAMBAR yang dirakamkan kelmarin
menunjukkan menara komunikasi paling tinggi di dunia, Tokyo Sky Tree di timur Tokyo.

Pembinaan itu lewat dua bulan ekoran kejadian gempa dan tsunami yang melanda Jepun pada Mac tahun lalu yang menyebabkan kekurangan bahan binaan.

Terfaka tentang Tokyo Sky Tree

Photobucket

Tokyo Sky Tree turut diiktiraf sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai yang setinggi 828 meter.

Ketua-ketua industri pelancongan di negara ini berharap menara setinggi 634 meter itu akan dapat menarik kehadiran ramai pelancong asing.

Bilangan pelancong asing menurun di Jepun selepas bencana tsunami dan krisis nuklear yang berlaku pada tahun lalu.

Pembinaan menara di timur Tokyo itu bermula pada Julai 2008 dan mengikut jadual asal ia sepatutnya siap dibina pada Disember tahun lalu.

Tokyo Sky Tree turut mengatasi Menara Canton di Guangzhou, China yang setinggi 600 meter dan Menara CN setinggi 553 meter di pusat bandar Toronto, Kanada.

Seramai 580,000 pekerja terlibat dalam pembinaan menara itu yang menelan belanja AS$806 juta (RM2.4 bilion). - AFP

Photobucket - Tokyo Sky Tree dinobatkan Menara komunikasi tertinggi di Dunia terbaru (10 Gambar)


SUMBER | Kosmo
Adbox