Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » Wow! - Kahwin beramai-ramai untuk elak pelacuran
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Mungkin ini cara terbaik bagi mengelakkan kes-kes pelacuran di India dimana, satu majlis perkahwainan beramai-ramai melibatkan lapan gadis miskin nomad diadakan di barat India untuk mengelakkan mereka daripada terjebak dalam kancah pelacuran.

PENGANTIN lelaki dan perempuan komuniti Saraniya bergambar selepas upacara perkahwinan mereka di kampung Vadia, negeri Gujarat kelmarin.

Majlis itu dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bantuan tempatan, Forum Sokongan Komuniti Nomad.

Setiausahanya, M. Patel berkata, gadis-gadis tersebut dipilih daripada sebuah puak di Vadiya, sebuah kampung yang terletak 275 kilometer ke utara Gandhinagar, ibu negeri Gujarat.

Menurutnya, 12 lagi gadis bawah umur kini bertunang dengan remaja tempatan dan akan berkahwin selepas usia mereka mencecah 18 tahun.

"Gadis-gadis nomad yang tidak mampu untuk berkahwin kerap menjadi pelacur," katanya.

Di India, keluarga pengantin perempuan perlu membayar hantaran perkahwinan kepada pihak lelaki.

Pemerintah negeri memberikan tanah seluas 80 hektar kepada komuniti nomad tersebut tetapi tanah berkenaan tidak subur akibat kekurangan air. - Agensi


SUMBER | Kosmo!

.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post