Breaking

Thursday, March 29, 2012

#tautak? - Kisah di sebalik April FOOL!

TAOTAUAJER - Pasti ramai orang tau dan faham bahawa hukum meraikan April Fool adalah haram di sisi kita sebagai seorang islam. Tetapi tidak ramai yang mengetahui kisah di sebalik April Fool. Bagaimana perayaan ini muncul? Dan kenapa sampai jadi haram? Jom tao kongsikan bersama.




Sejarah ringkas April Fool

Segalanya bermula pada suatu ketika dahulu di Negara sepanyol.
Ketika itu Negara sepanyol adalah sebahagian dari tanah jajahan pemerintahan khalifah islam. Nak dijadikan cerita, ketika itu zaman kejatuhan khalifah islam dan golongan kristian Berjaya menawan semula sepanyol dari tangan orang islam. 

Dan waktu itu semua orang islam dihalau keluar dari Negara sepanyol. Dan ramai orang islam yang menyembunyikan diri di dalam rumah masing-masing kerana takut dibunuh oleh pemerintah kristian ketika itu. Dan pemerintah kristian mahu semua orang islam dibunuh dan dihapuskan dari bumi sepanyol. Dia mendapat satu idea bernas. Dia ingin menipu orang islam ketika itu dengan memberitahu bahawa mereka boleh keluar dari sepanyol dengan selamat tanpa sebarang peperangan. Dan kapal akan disediakan kepada mereka.

Kemudian orang islam menghantar wakil untuk melihat kebenaran kenyataan dari pemerintah kristian itu. Memang kapal telah disediakan. Dengan serta merta dan tanpa rasa ragu, orang islam pun mengemas segala benda dan pakaian untuk keluar dari sepanyol. 

Maka pada keesokan harinya, iaitu 1 april, orang islam beramai-ramai keluar dari rumah masing-masing bersama barang-barang keperluan untuk berlayar meninggalkan sepanyol. Tetapi malangnya, ketika itulah perangkap dan tipu helah orang kristian menjadi. Kapal dibakar dan semua orang islam dibunuh beramai-ramai termasuk budak kecil, orang tua dan perempuan.Maka bersempena hari itulah, mereka menamakan 1 April sebagai April Fool. Hari dimana orang islam diperbodohkan.

Hukum meraikannya

Di sini terdapat sebuah hadis yang bermaksud:

 “sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah di dalam kalangan mereka”

jadi jelas disini hukum meraikan april Fool adalah haram disisi islam kerana menyerupai orang kristian. Tambahan pula 1 april ini sepatutnya menjadi hari kesedihan bagi umat islam kerana saudara kita dahulu dibodohkan dan dibunuh beramai-ramai. Jadi sungguh tidak relevennya jika orang islam masih ingin meraikannya.

Fikir-fikirkan….

Wallahua’lam..
Adbox