Breaking

Wednesday, March 28, 2012

MISTERI! - Gigitan pada Logo 'Apple' dan bagaimana logo Apple dicipta

TAOTAUAJER - Steve Jobs Founder Apple Inc, pasti korang tak tau kenapa sebenarnya logo apple ialah apple yang telah di gigit. Bagi membezakan apple yang biasa kita lihat dengan apple keluaran steve job maka di wujudkan apple yang digigit sebagai logo syarikat pengeluar tersebut.


Kalau korang nak tau ade pelbagai pendapat tentang kewujudan logo Apple. Kalau korang nak tau logo atau simbol Apple yang di gigit tersebut terinspirasi daripada :

Alan Turning, bapa komputer moden adalah seorang yang membangunkan sains komputer. Dimana beliau yang mengakhiri hidupnya dengan memakan apple yang mengandung sianida pada 8 June 1954. Korang boleh baca biodatanyer kat Wikipedia.


Alan Turning

Ada juga yang mengatakan, gigitan itu bererti bite atau sama dengan byte . Istilah tersebut berasal dari kapasiti memori komputer, iaitu mega byte, terra byte. Filosofinya, apple diumpamakan sebagai ilmu pengetahuan. Gigitannya adalah simbol kalau manusia tidak dapat memakan semua ilmu, tapi hanya sebahagian saja. Sebab ilmu di dunia ini terlalu luas untuk di terokai.


Kedua bagi Mengenang Isaac Newton (teori graviti dimana Newton melihat apple jatuh dari atas pokok).



Terinspirasi juga dari kisah manusia pertama, Adam dan Hawa. Dimana Apple merupakan buah sumber pengetahuan.


Kalau korang nak tau, Steve adalah hard Fan The Beatles, dan dia pun mengambil logo tersebut dari salah satu gambar album The Beatles.




Asalnyer kebiasaan Steve seorang vegetarian dan suka memakan buah apel. Saat itu steve bercadang untuk mewujudkan perusahaan bersama sahabatnya , simbol apple la yang digunakan.

Rob Janoff


Pembuat logo Apple , Rob Janoff: Menurut keterangan Rob Janoff yang diambil dari creativebits, gigitan apel itu hanyalah satu variasi saja. Menurutnya, logo itu tidak punya maksud yang khusus, yang dia lakukan hanya merekabentuk apple dengan kreativiti yang dimilikinya.

Revolusi Logo Apple dari zaman ke zaman...



Anehnya, meskipon Rob Janoff sudah menjelaskan, banyak orang masih belum yakin. Maka logo buah apple yang digigit bagi syarikat perusahaan Apple.Inc ini tetap menjadi sebuah misteri.

Hanya Allah dan Steve saja la yang tau kebenarannya.



Adbox