TAOTAUAJER - Dua lelaki didapati bersalah merompak pelajar Malaysia, Ashraf Rosli dengan berpura-pura membantunya dalam insiden rusuhan di sini pada musim panas tahun lalu, lapor portal berita Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.
Ashraf, 20, baru sebulan berada di UK apabila dia diserang di Barking ketika rusuhan berlaku di London, United Kingdom (UK) pada 8 Ogos tahun lalu.
Sebelum itu, pelajar jurusan perakaunan tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dari Kuala Lumpur itu sedang berbasikal ke rumah seorang rakannya di sini apabila dia ditumbuk sehingga menyebabkan rahangnya patah, manakala basikalnya turut dilarikan.
Ketika dia terbaring cedera, John Kafunda, 22, dari Ilford dan pemuda Romford, Reece Donovan, 24, mencuri beberapa barangan di dalam beg mangsa, termasuk sebuah konsol permainan video bersama 10 permainan video bernilai sekitar £500 (RM2,376).
Kedua-duanya didapati bersalah di Mahkamah Diraja Wood Green di sini pada minggu ini kerana melakukan rompakan dan berkelakuan ganas.
Hukuman terhadap mereka akan diputuskan pada 13 Mac ini.
Donovan turut didapati bersalah kerana mencuri dan melakukan rompakan.
Kejadian tersebut yang dirakam dengan menggunakan telefon bimbit dan disiarkan di laman YouTube, telah mencetuskan kemarahan orang ramai.
"Saya sedar mereka menyamun saya tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa," Rosli memberitahu mahkamah berkenaan.
Pada 16 Februari lalu, suspek ketiga, Beau Isagba, 17, didapati bersalah menyerang Ashraf dan mencuri basikal mangsa.
Mahkamah akan memutuskan hukuman terhadap remaja berkenaan pada 9 Mac ini. - Agensi
SUMBER | Kosmo!
RAKAMAN telefon bimbit yang disiarkan di Youtube menunjukkan John Kafunda dan Reece Donovan (bertopi) merompak Ashraf Rosli ketika rusuhan di London pada 8 Ogos tahun lalu.