TAOTAUAJER - Seekor ikan tuna gergasi sirip biru seberat 269 kg yang ditangkap di luar perairan wilayah Aomori, utara Jepun mencipta rekod apabila dilelong dengan harga 56.49 iuta yen iaitu bersamaan RM2.3 juta pada lelongan pertama hidupan laut itu dalam tahun ini.
Ikan itu dibeli oleh presiden sebuah syarikat yang mengendalikan rangkaian restoran popular Zushi-Zanmai, Kiyoshi Kimura. Menurutnya dia mahu ikan tuna yang terbaik untuk pelanggan Jepun dan bukan pelanggan dari luar negara yang akan menikmatinya.

Terdahulu seorang pemilik restoran sushi di Hong Kong yang membeli seekor ikan tuna sirip biru yang dilelong pada harga 32.49 juta yen iaitu bersamaan RM1.32 juta di Tsukiji, Jepun. Menurut rekod, penduduk Jepun makan tiga suku daripada ikan tuna yang ditangkap di seluruh dunia.
SUMBER | Asiantown