Breaking

Friday, January 27, 2012

Pembongkaran - Burung pertama di dunia ada bulu hitam

TAOTAUAJER | PARIS - Archaeopteryx yang merupakan seekor dinosaur bersayap dan dipercayai sebagai burung pertama di dunia mempunyai bulu berwarna hitam, menurut satu kajian saintifik yang dilaporkan kelmarin.


Para penyelidik di Amerika Syarikat dan Eropah mengkaji sehelai bulu sayap yang dipulihara pada satu fosil Archaeopteryx yang ditemui dalam kuari batu kapur Jerman pada 1861.

Penemuan itu diperoleh menerusi satu imbasan mikroskop elektron di makmal Carl Zeiss di Jerman.

"Kami pada akhirnya menemui kunci warna asal bulu tersebut yang tersembunyi di dalam batu selama 150 juta tahun lalu," kata seorang biologi evolusi Universiti Brown di Rhode Island, AS. - AFP

SUMBER | kosmo
Adbox