Breaking

Friday, January 20, 2012

GEMPAR! - Beratus Website Terkenal Dunia Ditutup 24 Jam tanda protes SOPA

TAOTAUAJER | WASHINGTON: Beratus-ratus laman web termasuk Wikipedia dan enjin carian popular, Google melancarkan bantahan online kelmarin kerana menentang satu perundangan yang dicadangkan oleh Kongres Amerika Syarikat untuk menghapuskan cetak rompak di internet.


Wikipedia menutup ensiklopedia online bahasa Inggeris selama 24 jam sebagai membantah Akta Menghentikan Cetak Rompak Internet (SOPA) yang diperkenalkan anggota Dewan Perwakilan dan Akta Perlindungan IP (PIPA) di Senat.

“Pada masa ini, Kongres Amerika menimbang untuk meluluskan rang undang-undang yang boleh merosakkan khidmat internet percuma dan terbuka. Oleh itu, kami menggelapkan Wikipedia selama 24 jam,” menurut mesej Wikipedia di laman webnya.

Photobucket

Twitter, Facebook dan Craigslist enggan menutup operasi tetapi turut menyatakan protes terhadap SOPA dan PIPA.

Google pula menggelapkan logo di laman web Amerika dengan warna hitam dan menyiarkan gesaan kepada pengguna supaya ‘Beritahu Kongres: Tolong Jangan tapis Web!’

Mengikuti jejak langkah Wikipedia termasuk laman berita sosial reddit yang menggesa pengunjung menghubungi ahli perundangan mereka atau menandatangani petisyen membantah rang undang-undang berkenaan di Dewan Perwakilan dan Senat.

“Rang undang-undang itu membawa kepada penguatkuasaan hak cipta yang akan mengehadkan inovasi dan mengancam kewujudan laman web dengan menetapkan kandungannya mesti daripada pemiliknya,” kata laman web berkenaan.

Blog kebudayaan dan teknologi, Boing Boing, turut menghentikan operasi bagi membantah apa yang digelarnya ‘perundangan yang pasti membunuh kita semua selama-lamanya.’

Reporters Without Borders pula menutup laman web bahasa Inggerisnya selama 24 jam dan memberi amaran rang undang-undang akan mengorbankan kebebasan bersuara secara online atas nama memerangi cetak rompak.

Blog WordPress.com turut menutup laman webnya dengan warna hitam sambil menyatakan bantahan terhadap ‘penapisan’. Begitu juga dengan majalah teknologi, Wired.

Rangkaian web komedi popular, Cheezburger, menyiarkan mesej membantah rang undang-undang itu pada semua 58 lamannya termasuk ‘icanhascheezburger.com’, ‘FAIL Blog’ dan ‘The Daily What’.

Draf perundangan berkenaan, bagaimanapun, mendapat sokongan Hollywood, industri muzik dan Persatuan Pengeluar Kebangsaan, Dewan Perniagaan Amerika dan beberapa kumpulan berkaitan. – AFP

SUMBER | Berita Harian


Adbox