Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » Wow! - Penyelidik Jepun ingin hasilkan tikus yang boleh bercakap seperti Mickey Mouse
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Lagi idea pelik dari negara matahari terbit ini dimana idea dari negara jepun untuk menghasilkan tikus yang boleh bercakap seperti Mickey Mouse.


Penyelidik Jepun telah berjaya menghasilkan seekor tikus yang telah mengalami pengubahsuaian genetiknya membolehkan ia berkicau seperti burung. Tikus tersebut telah dibenarkan penyiarannya oleh media.

Sekumpulan penyelidik di Universiti Osaka sedang membiakkan tikus-tikus yang sudah diubahsuai genetiknya agar melakukan kesilapan untuk menyalin maklumat DNA dan mampu menghasilkan proses mutasi.

Tikus "berkicau" ini telah dihasilkan sebagai sebahagian daripada "Evolved mouse project" yang dilakukan oleh mereka dan diharapkan ia akan memberi pemahaman kepada bidang penyelidikan tentang bagaimana perkembangan bahasa boleh berlaku.

"Mutasi adalah daya pemacu kepada evolusi. Kami telah mengkacukkan tikus-tikus yang telah mengalami perubahan genetik dari satu generasi ke satu generasi untuk melihat hasilnya" kata ketua penyelidik Arikuni Uchimura.

"Kami telah memeriksa satu persatu anak tikus yang baru dilahirkan, satu hari, kami telah menemui seekor tikus yang berkicau seperti burung" Katanya kepada AFP.

Beliau mendakwa bahawa "tikus berkicau" ini telah dilahirkan secara kebetulan, namun trait (sifat) ini akan diwariskan kepada generasi-generasi yang akan datang.

"Saya terkejut kerana saya menjangkakan tikus-tikus ini akan mengalami perbezaan dari segi rupa fizikalnya" menurutnya yang dihubungi melalui telefon.

makmal tersebut yang dipantau oleh proffesor Takeshi Yagi di Universiti Osaka di barat Japan kini memiliki lebih 100 ekor tikus yang mampu berkicau untuk penyelidikan lanjut.

Kumpulan penyelidik ini berharap mereka akan berjaya mencari klu tentang bagaimanakah perkembangan bahasa manusia boleh berlaku, seperti kajian lain yang dilakukan oleh negara lain terhadap burung untuk membantu mereka memahami asal usul bahasa manusia.

Menurut Uchimura, "Tikus lebih baik berbanding burung untuk dikaji memandangkan mereka adalah mamalia dan struktur otak serta aspek biologi lain mereka lebih hampir kepada manusia".

"Kami kini memerhatikan bagaimanakah seekor tikus yang mengeluarkan bunyi yang baru akan memberi kesan kepada tikus-tikus biasa di dalam kumpulan yang sama, dengan kata lain sekiranya ia mempunyai konotasi sosial" menurutnya, sambil menambah, tikus biasa selalunya akan mendecit terutamanya apabila mengalami stress.

Uchimura berkata decitan mereka "mungkin sejenis luahan tentang perasaan atau keadaan badannya"

Kumpulan penyelidik ini mendapati bahawa tikus-tikus yang membesar dengan 'tikus berkicau' memancarkan decitan ultrasound yang lebih rendah berbanding yang lain-lain. Ia mungkin membawa maksud, kaedah-kaedah komunikasi boleh tersebar di dalam sebuah kumpulan yang sama seperti dialek.

Uchimura mengimpikan evolusi lanjut tikus-tikus ini melalui kejuruteraan genetik. "saya tahu ia merupakan jalan yang panjang dan orang akan mengatakan ianya 'terlalu tidak masuk akal' namun saya melakukan ini dengan harapan untuk menghasilkan seekor Mickey Mouse suatu hari nanti" katanya.
.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post