Breaking

Wednesday, December 14, 2011

Wow! - Coklat KitKat gergasi untuk pelajar



TAOTAUAJER - TOKYO - Para pelajar Universiti Tokyo semalam mempamerkan dua batang coklat KitKat yang memiliki berat 80 kilogram (kg).

BEBERAPA pelajar Universiti Tokyo berdiri dekat dua batang coklat KitKat gergasi di Tokyo semalam.

Coklat itu disediakan untuk menggalakkan pelajar-pelajar melakukan persediaan untuk peperiksaan kemasukan ke universiti.

KitKat dikenali sebagai satu makanan yang bertuah untuk peperiksaan kemasukan universiti di Jepun kerana sebutannya kitto katsu dalam bahasa Jepun bermakna saya pasti menang. - AFP

Fakta tentang coklat... #tautak korang ?

Bahan utama coklat mengandungi coco butter, serbuk koko dan gula.Koko mengandungi anandamide dan phenylethylamine yang memberi tindak balas kepada otak kita.

Dengan memakan coklat ia akan membebaskan endorphin dimana ia bertindak sebagai penahan sakit di otak kita.

Koko dan coklat mengandungi anti oksidan yang tinggi dikenali polyphenols dimana ia membantu mencegah sel sakit jantung.

Coklat juga mengandungi kumpulan anti bakteria untuk membantu mencegah kerosakan gigi.

.
Adbox