Breaking

Friday, December 23, 2011

#tautak - PACU ikan adalah yang memiliki gigi seperti manusia

TAOTAUAJER - Semalam telah di hebohkan dengan seorang lelaki berjaya mengkap seekor ikan pelik bergigi manusia [SINI]. Disini tao akan bagi tau akan kewujudan ikan pelik tersebut... kalau korang nak tau ini adalah spesies ikan PACU.

Kisahnya dimulai ketika seorang nelayan bernama Scott Curry berjaya menangkap ikan ini di tasik Buffalo Springs, Texas. Dia menyedari bahawa ikan ini memiliki deretan gigi sama seperti seperti manusia.

Penyelia tasik Buffalo Springs, berkata dimana selama 36 tahun di memantau tasik tersebut, beliau tidak pernah melihat ikan seperti ini. Satu stesen televisyen tempatan di Texas membuat satu pertandingan dengan tawran 100 dolar bagi sesiapa yang dapat menangkap ikan macam tu lagi.


Kalau korang nak tau, ini bukanlah jenis ikan cacat atau ikan alien. Ikan ini adalah jenis ikan yang biasa dijumpai di Sungai Amazon. Namanya saintifik nyer adalah Colossoma Macropomum atau biasa disebut Ikan Pacu.

Ikan Pacu masih tergolong dalam spesies piranha. Beza nyer, piranha adalah ikan karnivor manakala Pacu adalah ikan herbivor (tidak memakan daging) tetapi memakan tumbuh-tumbuhan. Namun beberapa penduduk tempatan pernah menyaksikan Pacu memakan ikan-ikan kecil yang menunjukkan kemungkinan bahawa haiwan ini termasuk dalam golongan omnivor (memakan daging dan tumbuh-tumbuhan). Ia dapat membesar hingga mencapai panjang 90 cm dan dengna berat 30 kg.

Bahkan ikan ini bukan hanya dapat ditemukan di sungai Amazon. Kita dapat menemukan ikan ini dijual di petshop di Amerika Selatan dan lain-lain tempat di dunia. Beberapa orang benar-benar menyukai ikan ini di akuarium rumahnya sebagai pengganti ikan mas.


Mungkin yang misterius adalah, bagaimana caranya ikan ini dapat sampai ke Malaysia baru-baru ini . Ade yang membuang ikan tersebut ke sini ker?


SUMBER | Wikipedia

.

Adbox