Breaking

Saturday, December 24, 2011

#tautak - Kini Kelajuan Internet Dunia Mencapai 186Gbps

TAOTAUAJER - Wow! kini kelajuan internet dunia telah mencapai 186Gps, berape laju tu eh?
Para saintis dan pengkaji di California University of Technology (Caltech) telah berjaya membuat rekod baru dunia, apabila kelajuan menghantar data yang mereka peroleh mencapai purata sehingga 186Gbps di dalam liputan rangkaian.

Kalau korang nak tau kelajuan 186Gbps ini bergerak kira-kira 2 000 000 GBs setiap hari, tentu sahaja ianya sangat laju dan mampu menghantar 100 000 keping CD Blu-ray yang penuh hanya dalam 1 hari.

Pencapaian tersebut akan membantu dan memudahkan menghantar data dengan jumlah yang amat besar dengan cepat melalui rangkaian global.

Kemungkinan purata kelajuan teknologi baru ini menghantar data dalam 40 hingga 100 Gbps, dan ianya dijangkakan akan hadir dalam waktu terdekat. Namun untuk penggunaan komersial pula kemungkinan masih lama lagi.

Gila laju sampai 186Gbps.. kat malaysia brape laju ? Tah bila la Malaysia akan dapat internet selaju nih...



SUMBER
Adbox