TAOTAUAJER - Berdengkur menandakan adanya gangguan nafas yang mengurangi kualiti tidur seseorang. Bagi ibu hamil, berdengkur juga member kesan pada pertumbuhan janin dalam kandungan sehingga cenderung lahir dengan berat badan lebih rendah.
Untuk membuktikan hal itu, sebuah penyelidikan berskala kecil dilakukan oleh Dr Alison Fung dari Melbourne's Mercy Hospital for Women. Penyelidikan itu melibatkan 41 ibu hamil di Victoria, 10 di antaranya dilaporkan berdengkur oleh suaminya sewaktu tidur.
Dr Fung yang merupakan seorang doktor kandungan mengamati pertumbuhan janin melalui Ultrasonografi (USG) serta mengukur berat badan bayi sewaktu lahir. Ia lalu membandingkannya dengan kebiasaan berdengkur yang dialami para isteri, berdasarkan laporan para suami.
Hasil analisis menunjukkan, Sepuluh ibu hamil yang kalau tidur selalu berdengkur akhirnya melahirkan bayi dengan berat badan purata 30 peratus lebih rendah dari normal. Keadaan yang sama hanya dialami oleh 6 dari 31 isteri yang tidak berdengkur, atau kurang lebih hanya 20 peratus.
Temuan ini membuktikan, kebiasaan berdengkur pada ibu hamil berkaitan dengan perkembangan janin dan berat badannya waktu lahir. Meski demikian, Dr Fung mengingatkan ibu hamil agar tidak terlalu cemas kerana penemuan ini masih harus diteliti lebih lanjut.
"Kami membuktikan bahawa kecenderungan berdengkur saat hamil boleh menghambat pertumbuhan janin, tapi ini belum dapat dipastikan," kata Dr Fung yang akan mempersembahkan penemuannya ini dalam Australasian Sleep Conference di Sydney, seperti dikutip dari Ninemsn.
Berdengkur dialami oleh 20-35 peratus ibu hamil, bahkan yang semula tidak pernah berdengkur. Diyakini, peningkatan berat badan saat hamil membuat otot pernafasan terdesak sehingga menyempit di bahagian tengkorak lalu berbunyi sewaktu dilalui udara.
Meski tidak semua, kebanyakan orang yang berdengkur akan mengalami Obstructive Sleep Apnea (OSA) atau berhenti nafas sewaktu tidur. Menurut penelitian, OSA menyebabkan penghantaran oksigen tidak lancar dan ini diyakini dapat mempengaruhi pertumbuhan janin dalam kandungan.