Sebuah Blog Informasi Yang Mengandungi Pelbagai Info - Info Menarik Dan Terkini
WOW! - [WATCH] More hot chicks & new rides in Fast & Furious 6.
Home » , , , » PELIK! - Terkejut rakam wajah misteri pada kepulan asap

PELIK! - Terkejut rakam wajah misteri pada kepulan asap

Written By taoslayerz on Thursday, December 15, 2011 | 2:55 PM

TAOTAUAJER - LANGGAR - Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.

Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa kali.

Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.

“Terdapat seolah-olah kepulan asap yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil.

“Selepas itu, saya menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga turut terkejut,” katanya.

Pengalaman pertama kali merakam gambar aneh sedemikian ternyata turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berada di kedai berkenaan.

Zul Azri berkata, dia tidak menyangka bahawa dengan hanya mengambil beberapa gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia dapat merakam gambar aneh.

Seorang lagi pelanggan kedai minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih belum pernah melihat benda aneh yang dirakam secara tiba-tiba.

Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di kawasan sekitar.

“Serius saya katakan memang tidak pernah melihat kejadian seumpama ini, sedangkan gambar berkenaan pula dirakamkan pada waktu siang,” katanya.

SUMBER


.
.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
Share this article :
Photobucket
Kunjungi juga Facebook Blog Taotauajer : Jom ke Page Tao TAOTAUAJER | Enhanced MyBloggerTricks.com

ARTIKEL BUSUK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. ! TAO TAU AJER - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger