
Amerika Syarikat – Aktor Brad Pitt sanggup menghabiskan wangnya untuk membeli sebuah kereta kebal [T54 buatan bekas Kesatuan Soviet (USSR)] yang digunakan dalam lakonannya dalam filem World War Z.

Katanya wang bukanlah masalah besar, tetapi pembelian kereta kebal itu mendapat bantahan pasangannya, iaitu Angelina Jolie.
Namun, Pitt berkata, keenam-enam anak mereka iaitu Pax, Maddox, Shiloh, Zahara, Vivienne and Knox pasti teruja dengan ‘mainan’ baru tersebut.
Kenderaan tentera itu kini dalam proses penghantaran di sini.

Kenderaan seberat 36 tan itu mula digunakan sejak 1947 dan menjadi kereta kebal utama untuk divisyen perisai Tentera Soviet.
.