Breaking

Tuesday, September 20, 2011

GEMPAR! | "Hantu Bonceng" digesa untuk menghentikan tayangan nyer



TAOTAUAJER - Mesti korang pelikkan kenape, sebelum ini tao jugak telah postkan pada page taotauajer dimana Salah satu babak yang dilakonkan secara tidak langsung menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan"

saksikan video dan penjelasan di bawah ini

Sama ada terlepas pandang, tidak faham, atau tidak sengaja itu tidak dapat dipastikan. Apa yang jelas, kita bimbang jika ia menjadi ikutan anak2 muda.

Berhati-hati, perbuatan, niat, dan lafaz boleh menyebabkan gugur shahadah dan terkeluar daripada Islam..

korang boleh tengok video tersebut di bawah nih..korang layan la eh



Adegan yang dikatakan tersebut dalam minit ke 6

Free Jer Download Hantu Bonceng Full Movie di Youtube Sekarang !

Artikel dari keratan akhbar Harakah daily

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Dewan Pemuda PAS menggesa filem Hantu Bonceng yang sedang ditayangkan di pawagam dihentikan segera kerana mengandungi unsur penghinaan kepada agama Islam.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.

Babak tersebut ketika Zizan di atas katil wad hospital menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

Jika mahu ditayangkan juga ujarnya, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti di potong untuk tayangan berikutnya.

"Menyebut perkataan "Muhammadar Syaithan" yang bermaksud Muhammad adalah syaithan dalam sebutan syahadah yang dijenakakan adalah haram dan boleh memesongkan aqidah.

"Saya dan seluruh ummat Islam yang sensitif terhadap agama tidak mampu tidur lena. Selagi ia menjadi tontonan umum, fikiran saya gelisah dan perasaan saya resah," ujarnya.

Filem arahan sutradara terkenal Ahmad Idham dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.

Selain Zizan ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata pihak pengarah dan penerbit termasuk Zizan sendiri wajar memohon maaf kepara seluruh umat Islam di atas jenaka keterlaluan itu.

Sama ada Zizan sedar atau tidak keterlanjuran itu katanya, ia tetap salah kerana menghina Rasulullah SAW.

"Saya dengan segala baik sangka mengharapkan saudara Zizan selaku pelakon babak ini tidak menyedari implikasi aqidah sewaktu melakonkan watak tersebut, namun saya menyarankan agar Zizan segera memohon maaf kepada umum terhadap jenaka yang keterlaluan itu.

"Saya yakin, Zizan akan lebih dihormati kerana saya juga meminati beliau selaku anak seni dalam negara ini," katanya.

Ape pendapat korang...tao juga berpendapat " maybe dia nk mengucap tp terganggu dgn kwn dia "

Bacakan Updates terbaru : Jawapan Ahmad Idham Tentang Hantu Bonceng Hina Islam
Adbox