Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » » » » Wow | "Simbol Infiniti" dijumpai di Pusat Galaksi Bima Sakti
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Wow! Satu gegelang gas berlingkar, yang menjangkau lebih daripada 600 tahun cahaya merentasi bahagian tengah galaksi Bima Sakti telah ditemui oleh ahli-ahli astronomi dengan menggunakan teleskop inframerah angkasa berkuasa tinggi.

Photobucket

Ahli astronomi menggunakan Balaicerap Inframerah Angkasa Herschel dan menemui gegelang bergas di pusat galaksi Bima Sakti yang membentuk seperti simbol infiniti.

Kalau dilihatkan pada gambar yang ditangkap diatas masih samar-samar kan bentuk infiniti tuh. Anda tau camner bentuk infiniti? Okay di bawah nie contoh bentuk infiniti.


Gegelang bergas itu, yang melahirkan bintang -bintang baru, mempunyai satu simpulan di bahagian tengah, yang mana ia kelihatan seperti simbol infiniti kosmik. Sebahagian daripada gegelang itu telah dilihat sebelum ini, tetapi Teleskop Angkasa Herschel milik Agensi Angkasa Eropah baru sahaja membuat pemerhatian yang belum pernah dilihat terhadap keseluruhan struktur gegelang tersebut. Kapal angkasa Herschel telah direka khas untuk melihat ke dalam pusat galaksi Bima Sakti kerana ia dapat mengesan cahaya inframerah dan sub-milimeter, yang boleh menembusi debu yang belegar di sana -sini.

Menurut Makmal Pendorong Jet (JPL) NASA di Pasadena, California, ahli astronomi begitu terkejut dengan apa yang mereka lihat ketika mereka menyasarkan teleskop ke dalam lingkaran galaksi. Gegelang itu, yang terletak mendatar di dalam galaksi kita, kelihatan lebih kepada simbol infiniti dengan dua cuping mengarah ke bahagian tepi," menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak JPL."Malah, mereka kemudiannya menentukan yang gegelang itu seperti berpintal di bahagian tengah, jadi ianya hanya muncul dalam bentuk dua cuping. Untuk menggambarkan struktur tersebut, bayangkan anda memegang pita yang keras dan berbentuk elips dan putarkan di bahagian hujung dalam arah yang berlainan, supaya salah satu bahagian naik sedikit.

Para saintis masih belum dapat memahami mengapa simbol infiniti yang baru ditemui adalah seperti di putar dan disimpul, dan hanya sedikit diketahui mengenai bagaimana gegelang gas, malah gegelang di dalam gegelang yang lebih besar, terbentuk di dalam galaksi pilin sejak mula lagi. Dan satu lagi misteri yang lain : Bahagian berpintal pada gegelang baru itu muncul sedikit untuk mengimbangi pusat galaksi, dimana terletak sebuah lohong hitam yang amat besar.

Ini lah keindahan dan Kebesaran ciptaan tuhan... korang dah tengok Khalimah Allah di Matahari? tengok disini - OMG! | Khalimah Allah Pada Matahari

Photobucket
SUMBER | Angkasa Malaysia
.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post