Breaking

Monday, July 18, 2011

Wow | Ini lah bilik 'Penjenayah Cyber' Gemparkan dunia Maya

Dalam beberapa bulan yang lepas kan heboh pasal Data hak milik Sony Playstation telah di cerobohi oleh hackers. Malahan site CIA yang dijaga super ketat oleh ahli-ahli yang pakar juga mampu dimasuki oleh hackers ini.

WICKFORD, Britain - Identiti individu yang disyaki mengetuai ketua kumpulan penggodam komputer global, LulzSec didedahkan sebagai pelajar pintar berusia 19 tahun, Ryan Cleary.

Sebuah akhbar melaporkan dia dipercayai mendalangi operasi pencerobohan siber tersebut dengan menggunakan dua buah komputer di bilik tidurnya di banglo milik ibunya.

Ryan ditangkap dalam operasi bersama oleh polis Scotland Yard dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di kediaman ibunya, Rita, 45, yang berharga £330,000 (RM219,545) kelmarin.

Saksikan bilik Penjanayah cyber ini

"Kemungkinan besar bandar ini merupakan pusat pergerakan untuk menggodam rangkaian komputer milik kerajaan-kerajaan di dunia," kata seorang pakar komputer.

Pelajar itu kini direman di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Penipuan Britain di sebuah balai polis di pusat bandar London.

Dapatkah anda bayangkan sebuah bilik bagi seorang hackers??

Photobucket

Ade pulak kucing nyebok kat situ..hahaa

Inilah rupa ruang bilik Ryan Cleary a.k.a LulzSec. Hidupnya banyak dihabiskan dalam bilik ini.
Ibunya yang merupakan seorang jururawat memberitahu, Ryan banyak menghabiskan masa di sisi komputernya.

Jelas Rita, anaknya mempunyai sejarah sakit mental dan menghidap agorafobia iaitu penyakit dihantui perasaan takut ketika berada di tempat terbuka tetapi dia seorang yang amat pintar.

Sumber-sumber polis berkata, sejumlah maklumat dan data dirampas daripada sebuah komputer miliknya.

Pihak berkuasa percaya Ryan merupakan 'orang penting' LulzSec, yang mendakwa bertanggungjawab mencuri nama, alamat, data bank dan kata laluan 77 juta pelanggan rangkaian permainan Internet, Sony Playstation.

Selain Sony dan satu lagi firma permainan video, Nintendo, LulzSec turut menceroboh rangkaian komputer Agensi Jenayah Berat Terancang Britain, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Senat Amerika Syarikat (AS).

LulzSec merupakan kumpulan serpihan geng penggodam Anonymous yang melancarkan serangan siber ke atas firma MasterCard dan PayPal pada tahun lalu.

Ape itu Anonymous? Saksikan video dibawah ini...



Sekarang nieh pulak heboh pasal Akaun Facebook yang dicerobohi dan di hack
anda boleh bacakan disini Semakin Ramai Pengguna Facebook Malaysia Yang Sudah Kena Hack


Photobucket


Adbox