TAOTAUAJER - Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A’zam. Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.
Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).
Dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…
Pada petang 28 Mei setiap tahun, tepat jam 5.16 petang, dan 16 Julai, jam 5.28 petang, matahari akan berada amat-amat hampir tegak di atas bangunan Kaabah, di Masjidil Haram, Mekah.
Apabila sesuatu benda tepat berada di atas sesuatu benda lain yang kita tak nampak, kita boleh gunakan benda tandaan tadi sebagai panduan untuk mencari benda yang tak nampak itu tadi.
Samalah kes-nya pada 28hb Mei ini dan juga 16 Julai disebabkan Kaabah itu sendiri, secara fizikalnya tidak dapat dilihat dengan mata dari Malaysia, nak guna kompas pun tak pandai nak cari azimuth “290 darjah”, atau was-was terhadap sejauh mana betul dan tepatnya kompas itu, maka kita gunalah satu-satunya objek di langit yang mana kita boleh gunakan dengan mudah sebagai rujukan dan panduan arah, iaitu matahari.
Umum semua mengetahui, matahari tidak semestinya terbenam di titik barat. Sepanjang 365 hari dalam setahun, ia akan terbenam di dalam lingkungan 23.4 darjah ke KIRI dari titik Barat, ataupun 23.4 darjah ke KANANnya.
Ini disebabkan paksi putaran bumi yang senget 23.4 darjah.
Okay, yang itu semua faham. Kemudian, masih ingatkah “Hari Tanpa Bayang”? Satu hari di mana ketika matahari berada tepat atas kepala 90 darjah, ia akan menyebabkan objek yang didirikan tegak (seperti kayu atau tiang) akan kelihatan seperti tiada bayang-bayang.
Paling popular fenomena ini berlaku di Pontianak, Indonesia, yang mana pada tarikh 21 Mac dan 23 Sep setiap tahun, penduduk di sana akan menyambut seperti sebuah pesta.
Di bandar-bandar lain pun ia akan mengalami “Hari Tanpa Bayang” ini, cuma kena buat kiraan falak sikit untuk tahu tarikh yang bersesuaian yang bandar tersebut.
Baiklah, apa yang saya cuba tekankan di sini ialah, pada saat “Hari Tanpa Bayang” itu, disebabkan matahari berada tegak atas kepala, maka sesiapa yang berada jauh di negara lain akan dapat menggunakan matahari sebagai panduan untuk mencari ARAH di mana lokasi fenomena itu berlaku.
Faham tak?
Okay, apabila kita lihat apa yang berlaku pada 5.16pm waktu Malaysia, pada tanggal 28 Mei nanti dan juga 16 Julai , 5.28 petang waktu Malaysia , bagi sesiapa yang berada di Mekah (ketika itu waktu tempatan di Mekah iaah 12.16pm) akan turut dapat menyaksikan fenomena “Hari Tanpa Bayang”, kerana pada saat itu matahari berada sangat-sangat hampir tegak diatas bangunan Kaabah.
Maka, kita ni yang berada di kawasan dan negara lain secara tidak langsung, akan berpeluang menggunakan matahari pada waktu tersebut, untuk mencari ARAH Kabaah, iaitu arah kiblat kita.
Mudah bukan?
Saya berpendapat cara ini amat efektif dan InsyaAllah tiada ralat, kerana kedudukan matahari di langit itu (yang berperanan seperti jarum kompas) tidak akan di pesong oleh gangguan-gangguan seperti besi, yang mana ia boleh menyebabkan jarum kompas magnetik kita ini terpesong jauh dari arah sebenar.
Kita juga TIDAK PERLU tercari-cari nilai 292 darjah (kalau di KL), kerana menerusi kaedah ini kita bukannya menggunakan kompas, tetapi menggunakan kedudukan matahari secara terus.
Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?
Okay gini caranya
Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:
Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)
Tandakan arah qiblat.
Selepas.
Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
Adakah tarikhnya sama setiap tahun?
Tarikh Istiwa azam umumnya berlaku pada TARIKH YANG SAMA SETIAP TAHUN, iaitu 28 Mei dan 16 Julai. Jika tahun tersebut berlaku tahun lompat, ia jatuh pada tarikh 29 Mei dan 17 Julai.
Adakah tarikhnya sama setiap tahun?
Tarikh Istiwa azam umumnya berlaku pada TARIKH YANG SAMA SETIAP TAHUN, iaitu 28 Mei dan 16 Julai. Jika tahun tersebut berlaku tahun lompat, ia jatuh pada tarikh 29 Mei dan 17 Julai.
Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat. Mudah-mudahan perkongsian ini boleh memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…
Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat dari website Falak Online berkenaan hal di atas
TAOTAUAJER : Boleh lah sesama kita periksa semula kiblat kita di rumah seandainya berlaku perubahan atau pun terdapat kesilapan. Dimana kita sebagai umat islam adalah di galakkan untuk melakukkan semakan ketepatan arah kiblat masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat. - Artikel Islamiah
TAOTAUAJER : Boleh lah sesama kita periksa semula kiblat kita di rumah seandainya berlaku perubahan atau pun terdapat kesilapan. Dimana kita sebagai umat islam adalah di galakkan untuk melakukkan semakan ketepatan arah kiblat masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat. - Artikel Islamiah