OMG! | Sausage Babi ada logo halal

Alamak macam mana pulak sausage boleh ade logo halal nieh? OMG! ini macam pembeli boleh tersilap beli nieh, tak pasal-pasal jer termakan daging babi. Hrmmm salah sape nieh eh?

Tengok...ade logo halal kan tuh. Korang nampak tak tertulis Chorizo..
BUKTI…sosej dipercayai dibuat daripada babi tertera logo halal Jakim.

Tau tak ape itu Chorizo? Berdasarkan kepada wikipedia , Chorizo dalam bahasa Sepanyol adalah Sosej Babi. Ini bermakna Sausage tersebut mempunyai unsur daging babi, dan babi adalah haram.


Chorizo is a term encompassing several types of PORK SAUSAGE originating from the Iberian Peninsula. - wikipedia

Kandungan bahan yang digunakan dalam pembuatan sosej berkenaan tidak dinyatakan pada produk tersebut, namun semakan kepada makna perkataan Chorizo berkenaan jelas menyatakan ianya adalah Sosej Babi. Rupanya sepertimana Sosej biasa yang terdapat di pasaran tetapi berwarna sedikit cerah berbanding sosej daging lembu.

PETIKAN BERITA

“Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”

Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya, di sini.
Semakan Harian Metro mengenai perkataan ‘chorizo’ di Wikipedia mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah.

Aira berkata, selepas mengesan sosej ‘chorizo’ itu dia cuba menyemak bahan kandungannya bagi memastikan ia benar-benar diperbuat daripada daging babi, tetapi maklumat itu tidak tertera pada bungkusannya.

“Yang pasti, warna sosej itu nampak lebih terang berbanding sosej daging lembu yang kelihatan kemerahan,” katanya.



Photobucket
SUMBER | wikipedia / MyMetro
.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
:
:
:
:
Photobucket
Kunjungi juga Facebook Blog Taotauajer : Jom ke Page Tao TAOTAUAJER | Enhanced MyBloggerTricks.com

ARTIKEL MENARIK

 
Copyright © 2014 ! TAO TAU AJER - All Rights Reserved
|Blogged.my | | | | best entertainment blogs| PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger|
Template By Catatan Info