Breaking

Sunday, May 29, 2011

Wow | Iklan kereta Volkswagen yang boleh dimakan

Dulu pernah tao bagi tau yang ade pembuatan Surat Khabar yang boleh dimakan selepas dibaca tetapi kali ini di Afrika Selatan pengeluar kenderaan Volkswagen menghasilkan Iklan Eat The Road yang betol-betol boleh dimakan.

Inilah dinamakan taktik belaka..haha,pengeluaran produk sentiasa berusaha mengiklankan produknya semenarik mungkin untuk mencuri perhatian pelanggan.

Tak terkecuali Volkswagen. Pengiklanan kenderaan ternama ini mengiklankan produknya di majalah dengan slogan Eat The Road. Tapi tidak hanya sekadar slogan, kalau korang nak tau iklan Eat The Road itu benar-benar boleh dimakan.. iyer boleh dimakan. Iklan ini dibuat untuk majalah Auto Trader yang dikeluarkan di Afrika Selatan.

Lembar kertas iklan itu bergambar jalan raya dan benar-benar dapat dimakan karena kertasnya dibuat dari campuran beras, tepung, air, garam, propylene glycol, bahan pewarna, dan gliserin.

Iklan yang dirancang oleh agen periklanan Ogilvy itu ingin menyampaikan pesan yang maksudnya bertujuan membuat pembaca dapat merasakan ‘nikmatnya’ jalanan sewaktu berkenderaan dengan Volkswagen.

Waaa..macam-macam cara deorang nak tarik pelanggan eh.

Photobucket
SUMBER | inilah.com
Adbox