Breaking

Thursday, May 19, 2011

Wow | Baru 8 tahun kanak² ini disuntik botox untuk kecantikan

Pergh..muda-muda lagi dah amik suntikan botox..nie da besar camner la agaknyer mukanyer nanti, kalau cantik takper..takut rosak la muka tu nanti. Kerana muka mu begitu berharga..huhu ( cam iklan la pulak )

Photobucket

Tengok tu, bintik-bintik bekas suntikan botox kew?? hrmm, habis la muka budak nieh

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) | Pihak berkuasa San Francisco sedang menyiasat seorang ibu yang mengakui memberikan suntikan botox antikedutan kepada seorang anak perempuannya yang berusia lapan tahun yang menyertai pertandingan kecantikan, lapor sebuah akhbar semalam.


Seorang ahli kecantikan sambilan, Kerry Campbell mendapat kecaman ramai setelah dia menyuntik wajah anaknya, Britney dengan botox bagi menghilangkan kedutan yang muncul di wajah gadis itu ketika dia tersenyum.

Kerry mendakwa dia hanya memberikan rawatan itu ketika anaknya menyertai pertandingan kecantikan.

Wanita itu menegaskan bahawa anaknya itu meminta dia disuntik dengan botox.

Bagaimanapun, seorang pakar psikiatri, Dr. Charles Sophy berkata, ibu kanak-kanak berkenaan menghadapi risiko serius kerana merosakkan kehidupan anaknya berdasarkan aspek fizikal dan psikologi.

Suntikan botox amat menyakitkan dan tidak disyorkan untuk dilakukan ke atas perempuan di bawah umur 18 tahun. – Agensi


Photobucket
Adbox