Kepanasan melampau kebelakangan nieh
Kalau korang nak tau sekarang nieh Malaysia sedang mengalami musim monsun barat daya yang secara relatifnya adalah lebih kering dan panas berbanding bulan-bulan yang lain lapor Jabatan Meteorologi Malaysia.
Pada masa yang sama, kehadiran ribut tropika Aere di timur laut Filipina serta sistem tekanan rendah di Laut Andaman yang menyebabkan kelembapan udara tertumpu di kawasan tersebut dan menyebabkan keadaan cuaca menjadi lebih panas dan kering di kebanyakan tempat di seluruh negara.
Bagi bulan Mei 2011, bacaan suhu tertinggi setakat ini ialah 36.2ºC yang direkodkan pada 06 Mei 2011 oleh Stesen Meteorologi Subang.
Bacaan ini adalah lebih rendah berbanding yang dicatatkan pada 18 Mei 1998 iaitu 38.9ºC (Stesen Meteorologi Chuping) dan 38.0ºC oleh Stesen Meteorologi Melaka (02 Mei 1998) dan Kuala Krai (18 Mei 1998).
Musim monsun Barat Daya telah mula berlaku di Malaysia dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga September 2011. Semasa monsun Barat Daya, keadaan atmosfera adalah stabil yang menyebabkan pembentukan awan hujan berkurangan.
Kesannya kebanyakan tempat di Malaysia akan mengalami lebih banyak hari yang tiada hujan berbanding hari hujan pada amnya.
Semasa musim ini, negeri-negeri di utara Semenanjung, semua bahagian di Sabah serta Bahagian Mukah, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang di Sarawak dijangka mengalami pengurangan hujan antara bulan Mei hingga Jun 2011.
Sementara itu, dalam bulan Julai hingga September 2011, semua negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan pada paras normal.Orang ramai dinasihatkan agar minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
Pada masa yang sama, orang awam dinasihatkan agar berjimat dalam menggunakan air dan tidak menjalankan aktiviti pembakaran terbuka.
Dengar tuh..jimat kan air..nanti sume kering..