Breaking

Tuesday, April 26, 2011

Wow! - Penyanyi Taiwan protes Nuklear dengan separuh bogel

Ape hal la...protes punye pasal sampai berbogel. Ada apa kaitan dengan berbogel dengan protes??
Macam-macam hal la..nie nak tiru macam di russia la nieh buat demo dengan berbogel.

TAIPEI - Seorang penyanyi, Lee Mi mencetuskan kekecohan kerana dia melakukan protes separuh bogel di depan pejabat Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou di sini semalam.

Tindakan itu dibuat kerana dia mahu membangkitkan kesedaran mengenai kempen keselamatan nuklear.

Dalam protes itu, dia duduk sambil memegang poster yang menutup payu daranya manakala beberapa orang lagi memakai baju berwarna putih.

Bagaimanapun, beberapa anggota polis datang dan menghampiri penyanyi berkenaan.

Tubuh badan penyanyi itu yang separuh bogel kemudian ditutup dengan sehelai kain oleh anggota-anggota polis wanita.

Tunjuk perasaan itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-25 krisis Chernobyl, Ukraine yang berlaku pada 26 April 1986.

Isu keselamatan nuklear semakin mendapat perhatian masyarakat dunia ekoran kejadian yang berlaku di loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun yang bocor akibat dilanda ombak tsunami pada 11 Mac lalu.

Sehingga kini loji itu gagal dibaiki menyebabkan berlaku kebocoran radioaktif. - Agensi

Macam-macam la deorang nieh, buat keje gila dan bukan-bukan jer

Photobucket
SUMBER | KOSMO ONLINE
Adbox