Breaking

Friday, April 29, 2011

Wow | Ninja pantau keselamatan orang ramai

Wow..Ninja menjaga keselamatan orang ramai di Britain. Style...

SEORANG kanak-kanak melihat aksi ninja yang berkawal di Royal Tunbridge Wells di Kent baru-baru ini.

KENT, Britain
- Seorang lelaki tidak dikenali lengkap berpakaian hitam seperti ninja digelar sebagai penyelamat kerana sering menghulurkan bantuan kepada orang awam di jalan-jalan sekitar Royal Tunbridge Wells di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki dipercayai berusia 25 tahun yang memakai topeng dengan pakaian seperti atlet judo itu memerhatikan jalan-jalan raya, menegur setiap kesalahan orang ramai, sekali gus menjadi hero kepada penduduk di bandar Kent.

Antara tugas yang dilakukan oleh ninja tersebut termasuk memulangkan semula kucing yang hilang kepada pemilik haiwan itu dan memberi amaran kepada para pemandu supaya meletakkan kenderaan mereka di kotak parkir yang ditetapkan bagi mengelak risiko disaman.

Dia juga membantu warga tua untuk melintas jalan sehingga membuatkan ramai penduduk yang cukup berterima kasih kepada ninja tersebut.
Ninja itu juga memuat turun gambar dan videonya di laman sosial Facebook dengan menyatakan bahawa dia ingin menegakkan keadilan di sekitar Kent.

"Ada segelintir orang di Facebook mendakwa saya sengaja mereka-reka cerita tentang ninja ini. Tetapi saya akui, sayalah ninja itu.
Polis Kent Barat mengaku pihaknya tidak menyedari kemunculan ninja tersebut.Namun, ia memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menegakkan undang-undang dengan menggunakan pendekatan sendiri.

Macam nieh pon ader ek, da mcm mortal combat da..lelaki nieh memang da xde kejer la kot..macam-macam

mb polis kat tempat tu x wat keje diorg....sbb tu ninja nie muncul menyelamatkan penduduk..

Ape kate korang??

Photobucket
Adbox