Breaking

Sunday, April 17, 2011

Owh | Tak tahan harga minyak naik ubahsuai trak guna kayu api ganti petrol

Haha..macam-macam la pulak, bijak jugak idea lelaki nieh apabila pening dengan harga minyak yang melambung tinggi. Kembali ke cara yang lama..kayu api..huhu

Photobucket

HELSINKI - Tidak tahan dibebani harga petrol yang melambung tinggi, seorang lelaki di Finland mengubah suai sebuah trak pikap miliknya bagi membolehkan kenderaan itu bergerak dengan menggunakan kuasa kayu api.

Setelah mengalami pengubahsuaian, enjin V6 trak jenis Chevrolet milik Juha Sipila kini dijana asap daripada dapur kayu api yang dipasang di belakang trak tersebut.

Pada kapasiti penuh, dapur tersebut boleh diisi dengan kayu api yang mencukupi untuk menggerakkan trak itu sejauh 1,280 kilometer.

Lelaki itu mendakwa, traknya boleh mencapai kelajuan maksimum 144 kilometer sejam dan dia menamakan kenderaannya El Kamina yang bermaksud dapur dalam bahasa Finland.

Teknologi dapur kayu itu yang pertama kali digunakan pada kenderaan semasa kekurangan bekalan petrol ketika Perang Dunia Kedua, didapati lebih mesra alam berbanding enjin petrol atau diesel. - Agensi

Ini lah jadinya..nanti lelama minyak semakin mahal...

Photobucket
SUMBER | KOSMO ONLINE
Adbox