Breaking

Thursday, March 10, 2011

Wow | Remaja 18 tahun ini bertubuh bayi tinggi hanya 56 cm

TAOTAUAJER - Kesian sungguh yang meninpa remaja ini, sudah berusia 18 tahun tetapi tubuh badannya masih seperti seorang bayi dengan tingginya 56 cm sahaja.


TEMPO Interaktif, London – Remaja berasal Filipina, Junrey Balawing, bakal mencipta rekod sebagai orang terpendek di dunia di usia 18 tahun pada Jun yang akan datang.

Dengan tinggi 56 sentimeter, Junrey nampak seperti bayi berusia satu tahun. Dia bakal memecahkan rekod jika tidak bertambah tinggi pada bulan Jun ini.

Junrey lebih pendek 11 cm dari pemegang rekod orang terpendek di dunia, Khagendra Thapa Magar, 18 tahun. Magar memiliki tinggi 67 cm.

Junrey bakal mengalahkan lelaki terpendek di dunia yang sudah meninggal, Gul Mohammed. Gul Mohammed berasal dari India dengan tinggi 57 cm. Gul Mohammed yang dikenal sebagai perokok berat meninggal di usia 40 pada 1997.

“Jika saya dinobatkan menjadi lelaki terpendek di dunia, itu bakal sangat menyenangkan,” ujar Junrey dari Zamboanga del Norte, Filipina.

Namun keadaan tubuhnya tersebut cukup mengganggu aktivitinya. Balawing tidak boleh berdiri lama dan sangat bergantung kepada ibunya, Concepcion, 35 tahun. “Junrey hanya boleh berjalan dengan bantuan dan ia tidak boleh berdiri terlalu lama kerana kesakitan,” ujar Concepcion.

Adik-adik Junrey, Jaycel dan Jay-art, membesar seperti anak biasa. Kedua adik Junrey sekolah, sementara Junrey sendiri terpaksa tinggal di rumah.

Concepcion mengatakan, “Saya ingin sekali boleh bekerja sementara anak-anak saya sekolah. Tetapi saya tidak boleh meninggalkan Junrey. Ia perlu perawatan saya setiap minit, setiap hari.”

Concepcion pertama kali menyedari ada kelainan dalam pertumbuhan Junrey ketika Junrey berusia dua tahun. Tetapi, doktor-doktor tidak boleh membantunya.

“Junrey selalu sakit dan kami menyedari dia tidak tinggi. Jadi, kami membawanya ke doktor. Namun mereka angkat tangan,” tambah Concepcion.

Doktor hanya menganjurkan agar Junrey memakan lebih banyak vitamin. Namun, kerana keadaan ekonomi keluarga yang kurang mampu, mereka tidak bioleh memenuhi saranan doktor.

Junrey tinggal di kampung yang jarak satu jam dari kota terdekat. Mereka tinggal 920 kilometer dari ibu kota Filipina, Manila. Ayah Junrey, Reynaldo, bekerja sebagai tukang besi dan hanya berada di rumah pada akhir minggu.


Photobucket


Adbox